Monday, January 18, 2010

SEJAUH MUNGKIN..

Nak bercerita sedikit tentang perasaanku kini.. :) Baca lah yer..follower pun ade 2 orang jerk..haha..dah aku baru nak menjinak-jinakkan diri dgn bende nieyh...so,hope korang support me.. thanx.. ;)


CINTA..
Apa yang ada pada cinta? Kenapa ramai orang ingin bercinta? Kenapa ramai orang suka bercinta? Apa yang akan kita dapat daripada cinta?
Mungkinkah kita akan hidup bahagia buat selama-lamanya?
Mungkinkah kita akan hidup sengsara?terseksa?
Hanya orang yang pernah bercinta sahaja yang dapat menjawabnya..

Orang2 tua kata: "orang yang bercinta,sering berangan..orang yang bercinta mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang"dan sebagainya..

Semuanya terpulang pada diri sendiri..
Cinta dapat mengubah segala-galanya..
Cinta dapat memberi sinar kebahagiaan kepada seseorang..
Cinta juga dapat membawa ke arah kehidupan yang sempurna..

Aku juga pernah bercinta..
Memang..cinta membuatkan kita berasa gembira..bahagia..sempurna..dan mampu juga membuat kita ingin bersama dengannya sahaja sampai bila-bila..
Segalanya indah.sering tersenyum sendiri..
Tetapiii..


Apabila kita terluka..semuanya berubah sekaligus..semuanya bertukar menjadi duka..kesedihan..terseksa..dan sengsara..
Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja tahu bagaimana rasa tersebut..
Macam aku..sekarang..sedih..terseksa..huhuh..tapi kita boleh menyembunyikannya daripada orang lain..

Apabila bersendirian..mulalah..kita terkenangkannya..menangis sendirian..
Berasa diri ini tidak dihargai..

Insan tersebut memang sering menggembirakan hatiku..aku benar-benar gembira bersamanya..tetapi,kadang2 perlakuannya melukakan hatiku..kadang2 kita tak mampu untuk mengungkapkan rasa hati terhadapnya..kalau kita terlalu sayangkan seseorang tu,mesti kita mudah cemburu apabila melihatnya bersama orang lain bukan?
Kadang2 kita cuba untuk memahami si dia..tapi perasaan cemburu dalam diri sendiri yang seperti tidak dapat mengawalnya..

Kini,aku berfikir sendiri..kenapa dia tidak mempamerkan rasa menghargainya dan rasa bangganya terhadap diriku..sedih..dia seolah-olah tidak mempedulikanku..
Aku nak kongsi dengan korang semua rasa hati aku sekarang ni..
Harap dengan tulisan ini,dapat mengurangkan sedikit kesedihan dalam diri ini.,

Jika dia pernah membaca blog ni..i'm sorry,,i hope u understand my situation..and change your behaviour..please..

Lirik lagu kat bawah ni,betul-betul tepat dengan apa yang aku rasa sekarang..
Carilah kat youtube..
Lagu UNGU..


..Sejauh Mungkin..

Lelah hati yang tak kau lihat,
Andai saja,
Dapat kau rasakan,
Letihnya jiwaku karna sifatmu..

Indah cinta yang kau berikan,
Kini tiada lagi ku dapatkan,
Teduhnya jiwa..

Baiknya ku pergi,
Tinggalkan dirimu,
Sejauh mungkin,
Untuk melupakan,
Oooo..

Indah cinta yang kau berikan,
Kini tiada lagi ku dapatkan,
Teduhnya jiwa..

Baiknya ku pergi,
Tinggalkan dirimu,
Sejauh mungkin,
Untuk melupakan,
Dirimu yang slalu,
Tak pedulikan ku,
Yang mencintaimu,
Yang menyayangimu..

Bila saat nanti aku jauh,
Ku harap kau mengerti,
Ku harap kau sadari..

p/s : pasni,aku akan rajin2 mengupdatekan blog..sbb da jauh ketinggalan di belakang..orang lain dah berlari dan terbang..aku lak baru nak merangkak.. ^_^

2 comments: