Wednesday, February 1, 2012

Bawalah Cintaku

AMARAN. INI ADALAH CERITA PERIBADI SAYA YANG TIDAK LENGKAP DAN MUNGKIN AGAK BOSAN.ENTRY INI SANGAT PANJANG KERANA SAYA BERCERITA TENTANG PERJALANAN HIDUP SAYA SELAMA 7 TAHUN.DAN SAYA TELAH MENGHABISKAN MASA SELAMA 2 JAM UNTUK MENAIPNYA. JANGAN BACA JIKA TAK SANGGUP. THANK YOU.




I'm totally a loser in a love story..
I started to get involve in a so called 'love' since in the secondary school..
It's a shame, because at 13 years old, i'm in love.. What do you expect from a young age girl like that to be involve in a love story? To be honest, the first guy that i like was from my primary school. At that time, i like him, because he's handsome. It's normal la everybody likes beautiful and handsome person kan? But he had too many secret admires at that time, included me. I just kept my feelings and let him be my crush. I just like to see him from far although he's my classmate. Haha. I'm a shy girl actually.After UPSR, I'm moving to a secondary school that is a girl's school. Can u imagine that? But I don't mind actually. Can i change my language? Because it's hard for me to express my feelings as my grammar was not that good. So sorry, it's my weakness from the day my mom gave birth to me. ;P

Kalau bercerita dalam b.melayu lagi 'feeling' orang kata. Apa-apa jelah.Campur jer semua bahasa, baru 1 Malaysia. hee. :)
Ok, sambung balik. Masa form 1 tu, saya berhubung kembali dengan 'crush' saya. Memang happy tak terkata lah kan. Dipendekkan cerita, kitorang ber'SMS' dan seterusnya meluahkan perasaan masing2. Haish, bila fikir balik, macam lawak pun ada. Apa lah yang kita tahu tentang cinta masa tu kan? Maybe SUKA tu yang kita faham waktu tu. He likes me too. Happy tak terkatalah kan. Masa umur 13 pun dah selalu tengok cerita cinta, so berangan lah nak macam dalam tv tu kan. I mean, masa dia kata dia suka saya, saya blur kot. Terkedu. And bila nak ber'couple', saya cakap dengan dia, bagi saya masa dulu. Haha. Sebab tak tahu nak react macam mana. Dah kata 1st time. Berdebar kot. Sebelum kitorang couple, saya cakap dengan dia, saya suka dia, tapi saya suruh dia janji dulu untuk sentiasa setia dan jujur. haaa,tengok2. Umur 13 tahun pun dah pandai cakap macam tu. hee.. :)
Masa tu lah, saya mula belajar untuk bermain SMS. Tapi sebenarnya, saya dengan dia tak sampai seminggu pun couple. Can u believe that? Dan yang paling tak sangka, saya yang minta putus. Err, I'm so sorry. Sebenarnya, waktu tu saya rasa bersalah. Sebab kawan baik saya sendiri pun suka dengan dia. Ohhh, sangat dilema ok waktu tu.. >_<
Tak tahu nak buat apa, so saya buat keputusan untuk putus. Dan kawan baik saya waktu tu pun, tak tahu yang saya couple dengan dia. Maaflah tak boleh bagi tahu nama. Rahsia ni lama saya simpan sampai sekarang. Waktu tu sebenarnya raya. Dannnnnnn, saya datang ke rumah kawan baik saya. DANNNNNNNN, "si dia" ada di situ juga. Huhu. Betapa gementarnya saya waktu tu. Tapi saya berlagak macam biasa. Tak ada apa2 yang berlaku.
Yang buat saya tak tenteram, dia asyik tenung saya. Saya sedaya upaya cuba mengelak, takut terkantoi dengan kawan baik saya. Saya tak nak lukakan hati dia.
oh, sampai sekarang saya rasa bersalah dengan si dia sebab, saya tak beri penjelasan LANGSUNG. Tapi dia seorang yang memahami. Dia tak tanya. Mungkin masa tu kitorang kan muda. So, apa lah sangat yang kita faham tentang hubungan2 cinta ni.

Start daripada tu, saya tak bercinta and tak ada crush dengan siapa2. Maklumlah kan sekolah perempuan. Mana lah ada berkawan dengan lelaki. Serius, saya tak ramai kawan lelaki. And sebenarnya, saya agak kekok dan tak pandai bergaul dengan lelaki sampailah saat saya bertemu dengan "SESEORANG".
Sebenarnya entri ni saya nak tujukan kepada "SESEORANG" tersebut.. Nanti diakhir cerita, saya akan cerita. Sebab, dia yang terakhir. T_T

Seterusnya, percintaan monyet yang saya pernah lalui ialah masa form 2. Err.. =,=
Actually masa tu sekeliling saya semua ada crush and bf. Saya pun tak tahu dari mana, mereka kenal dengan lelaki2 itu. Sekolah saya kan perempuan. Mungkin mereka ramai kawan. Not like me. Saya kurang pandai bergaul dan agak pendiam di sekolah. Tapi kat rumah,tidak sama sekali.
Dipendekkan cerita, kawan saya telah berpindah di sebuah sekolah di KL. Dan sekolah tu ada laki perempuan. Satu malam, ada seseorang 'miskol'. Dan perasaan ingin tahu terlalu kuat, saya tanya lah siapakah gerangan orang tersebut. Dan cerita2, rupanya kawan saya tu lah yang bagi nombor fon saya kepada lelaki tersebut. Dan tak tahu macam mana, boleh pulak bercinta. Haish. Saya agak menyesal. Kerana itu satu kesilapan. Dia bukan seperti yang saya harapkan. Dia telah merubah saya, dan juga hidup saya. Akibat terlalu lalai, saya mula abaikan pelajaran. Satu hari perhubungan saya dapat dihidu oleh my parents. Handphone saya ditarik balik. Dan waktu tu saya berada di form 3. Disebabkan saya tak ada handphone, agak sukar untuk berhubung dengan si dia. Saya hanya akan menelefon si dia, selepas habis sekolah di pondok telefon sekolah sebelum ibu saya menjemput saya. Ok, complicated betul ayat. Sorry. Waktu tu, memang saya frust sangat. Lalai dengan cinta dan menangis terkenangkan dia. Hari demi hari berlalu, saya sibuk dengan pelajaran dan PMR. Saya jarang call dia. Saya sangat sibuk dan mula sedar akan kesilapan, dan kembali serius dalam pelajaran.
Habis sahaja PMR, saya kembali cari si dia. Kitorang kembali berhubung, dan masa tu saya pinjam handphone ayah. Mungkin ayah mengerti, sebad dah habis PMR, so dia bagi saya guna handphone dia. Waktu tu semua berjalan seperti biasa. Sampailah satu hari tu, saya dapat tahu dia curang dengan saya. Couple dengan kakak angkat dia sendiri.
Saat tu, saya memang dah sangat down. Buat pertama kali saya merasakan kecewa bercinta dan kesakitan yang amat sangat.
Dari saat tu, saya dah tak berhubung dengan dia. Sampai sekarang saya dah tak ada dengar khabar dia.

Tibalah masa saya untuk bercerita tentang "SESEORANG" itu.
Perkenalan saya dengan dia adalah secara tidak sengaja. Pada mulanya saya suka mengenakan sepupu saya. Saya buat prank call. Mungkin dari situ si dia dapat nombor telefon saya. Saya menggunakan nama samaran sebagai Farah Diana bt Anuar. Kenal tak siapa orang ni? Actually nama Farah AF2 sebenarnya. hehe.
Rupanya, si dia telah mengenali saya yang sebenarnya.
Yang saya ingat, kitorang tak berhenti berSMS pada saat hari last puasa sebelum raya pada 2007, iaitu selepas PMR. Saya tak tahu kenapa saya tertarik untuk mengenali dia. Dia mempunyai skill berkomunikasi yang semua perempuan akan suka. Saya sangat percaya pada kelebihan itu disebabkan sampai sekarang saya amat cemburu.
Nak diteruskan cerita, kami berSMS sehinggalah 2,3 pagi pada malam raya tersebut. Sambil mengisi kuih raya ke dalam balang, kitorang masih berSMS. Cerita tentang raya dan macam2. Saya sangat tertarik dengan dia. Dia pandai membuat lawak dan mengambil hati saya. Saya mula menyukai dia. Hari demi hari kitorang berSMS. Dia mula mengatur strategi untul mengambil hati saya.
Sepupu sayalah yang menjadi orang tengah antara kami. Hadiah pertama yang saya bagi kepada dia ialah keychain couple. Tapi sebenarnya masa tu, kami belum lagi couple. Masih berkawan. Saya selalu jumpa secara tak sengaja dengan si dia, di sebuah tempat di seremban di mana ramai hali keluarga saya yang lain berada di situ kerana berniaga. Pada mulanya saya sangat malu untuk bertemu dia.
Pada hari jadi saya, dia memberi saya princess frame. Wah, pertama kali dapat hadiah daripada seorang lelaki. Saya sangat teruja dan terharu, dan pada masa yang sama, saya tahu dia cuba mengambil hati saya.
Tapi pada masa tu, saya hanya layan dia sebagai kawan dan saya akui saya tertarik dengan dia,tapi masih belum dapat kata suka.
Dan sampailah satu masa, kitorang couple. Saya tak plan pun. Semua berlaku secara tak sengaja kerana dia telah mengatakan sesuatu kepada saya. Dari saat tu mulailah percintaan kami yang saya boleh katakan sangat panjanggggggg...
Pada saat result PMR keluar, saya mendapat keputusan yang cemerlang dan saya tak expect. Si dia telah memberi hadiah lampu tidur berbentuk hati warna pink!
Saya tak boleh lupa,sebab semua tu kenangan manis bagi saya sepanjang hidup sampai sekarang T_T

Kami bercinta dan bertemu di seremban. Yang istimewanya, setiap weekend, kitorang akan berdating di library. Menyelam sambil minum air. Hee. Tapi kami belajar tau. Kami tuisyen di tempat yang berbeza. Habis tuisyen kitorang jumpa di library untuk buat kerja sekolah atau revision. Kami membaca buku bersama2. Dan kadangkala kalau dia tak faham maths saya akan ajar. Yang lawaknya, dia angguk2 faham. Tapi rupanya dia tak faham, sibuk tenung muka saya. Hahaha. Macam filem cinta kannnn? Pada masa tu, saya form 4, dan si dia form 5.
Banyak sangat kenangan yang berlaku di library yang saya tak dapat lupakan. Beg dicuri dan macam2 lagi. Saat tu lah saya mula berkenalan dengan kawan2 dia juga a.k.a kawan sepupu saya juga. So, saya tak risaulah.Ada sepupu saya yang akan menjaga saya.
Kalau nak diceritakan satu persatu sangatlah panjang. Saya cuba pendekkan. Kami berjumpa sehingga saat2 akhir dia akan menduduki SPM. Saya menemani dia di library untuk revision. Kami bukan hanya berdua, dia membawa rakan2 dia yang lain juga dan semuanya adalah perempuan. haha. Layan jelah.

Selepas si dia habis SPM, si dia kena pergi PLKN. Yang bermakna kami tak akan berjumpa buat masa yang sangat lamaaaaa. Saat tu, hubungan mula retak. Kami jarang berhubung. Dan saya berasa INSECURE. Sebab saya risau dia bertemu orang lain di PLKN. Sehingga selepas PLKN, kami masih tak berjumpa. Dia tidak mahu berjumpa. Saya mula curiga. Mungkin si dia telah ada pengganti. Saat tu hubungan kami agak renggang. Dan saya mula sibuk untuk menghadapi SPM. Disebabkan kesedihan juga, prestasi saya agak terganggu. Tapi kami masih bersama. ON dan OFF. Sepanjang saya form 5, saya akui saya amat pentingkan cinta dan agak kurang serius terhadap pelajaran. Tetapi saya sedaya upaya mencuba untuk serius sehinggalah saya exam.

Sampailah masa dia untuk menyambung pelajaran di sebuah universiti awam yang agak jauh daripada seremban. Saya berasa amat sedih sebab susah untuk bertemu dia lagi.
Dari saat tu, kitorang berkomunikasi melalui alam maya sahaja. Dan selepas habis SPM saya hanya duduk di rumah. Dan kadangkala bila dia balik ke seremban kitorang akan berjumpa. Pada masa itu saya dah ada lesen P, so saya akan menjemput si dia di terminal 1. Saya kena pergi PLKN pun saya menangis. Kerana saya tidak suka berjauhan dengan keluarga dan saya tidak biasa mengikuti program2 macam tu. Si dia memujuk saya dan berjanji akan datang menjenguk saya.

Saya tidak sempat menghabiskan PLKN, saya terus menyambung pelajran di universiti swasta di KL. Sebelum tu, keputusan SPM saya tidak memberangsangkan. Dan saya sangat kecewa dan mengambil keputusan untuk segera menyambung pelajaran di mana sahaja kerana saya tahu saya tidak akan mendapat tempat di universiti awam.
Dan pada masa itu hubungan kami memang selalu ON dan oFF. Mungkin disebabkan salah faham dan juga faktor jarak antara kami. Saya mula sentiasa risau, curiga dan cemburu disebabkan sekeliling dia yang ramai perempuan yang lebih cantik dari saya.

Tahun 2011 merupakan ujian yang sangat menjatuhkan saya. Kami mula sentiasa bergaduh setiap hari, dan sampai lah satu masa, kami memang putus untuk yang BETUL2 punya. Ujian tu merupakan paling berat bagi saya. Kerana sekali lagi, hati saya hancur. Sebab2nya biarlah saya sendiri yang tahu.
Apa yang boleh saya cakap, dia masih di hati saya sehingga sekarang.
2011, dia telah mempunyai ramai kawan. Dia telah berkenalan dengan ramai perempuan. Dan tidak kurang juga dia telah bercinta dengan perempuan lain.
Dan saya masih keseorangan. Saya menjadi stalker yang setia. Setiap aktiviti dia, saya akan mengambil tahu. Facebook adalah salah satu jalannya.
Saya sangat obses dengan dia. Walaupun dia gembira bersama orang lain, tetapi saya tetap juga inginkan dia. Cinta saya tak pernah berubah.
Saat tu, baru saya tahu cinta itu apa. Dan saya telah merasa semua jenis kegembiraan dan kesakitan dalam bercinta. Walaupun dia mempunyai orang lain, kami masih berjumpa jika dia balik seremban. Pelik kan?
Pada mulanya saya tak dapat berhadapan dengan dia. Tapi disebabkan rindu dan sayang, saya kuatkan hati untuk berjumpa.
Kami berbual seperti biasa. Berkongsi cerita hidup dia dan saya.
Pada waktu itu saya masih menaruh harapan. saya terlalu sayangkan dia dan tak dapat melepaskan kenangan yang telah saya lalui dengan dia. Pada masa yang sama, saya sedih sebab, ada orang lain yang telah menggantikan saya di hati dia.

Saat2 malam raya, saya akan terkenangkan kenangan lama masa mula2 saya berkenalan dengan dia. Tapi saya malu dan takut untuk SMS dia, kerana saya tahu, dia dah ada orang lain. Pada satu hari, dia putus cinta. Saya tak tau patut gembira atau sedih. Sebabnya, saya gembira sebab saya dah ada peluang balik. Dan sedih juga sebab, saya tahu dia betul2 kecewa dan patah hati.
Saya cuba untuk berkawan dengan dia dan sembuhkan luka hati dia.

Sampai sekarang 2012, kami masih berkawan rapat. Orang lain belum dapat menggantikan tempat dia di hati saya. Saya dah cuba, tapi saya tak dapat terima ornag baru dalam hidup saya. Saya dah terbiasa dengan dia. Dia boleh jadi abang, kawan baik dan juga kekasih saya. Saya tahu dia faham isi hati saya. Tapi saat ini, saya sangat berharap dia dapat rasa apa yang saya rasa. Sebab saya tak pernah bencikan dia. Mulut kata lain, hati kata lain. Sampai sekarang masalah antara kami tak pernah selesai.
Saya cuba lupakan dia. Tapi saya tak mampu. Bukan sehari dua saya cuba, tetapi berbulan2 dan bertahun. T_T

Saya cuma berharap jodoh saya akan menyembuhkan hati saya. Umur hampir mencecah 20, saya cuba berfikir matang. Mungkin dia bukan jodoh saya. Tapi saya belum mampu untuk menggantikan dia. Kenangan 2007-2012 saya tak akan lupakan sampai bila2.
Lagu Bawalah Cintaku ni, selalu menemani saya di saat saya sedih.
Kawan baik saya yang 'mengenalkan' lagu ini kepada saya. Pada saat2 dia menghadapi saat yang sukar dalam hubungan cinta dia, dia telah post entry dan berlatar belakangkan lagu ni. Saya sangat sedih dan menangis membaca entry tersebut dan mungkin juga lagu tersebut antara salah satu faktor dia.

Lagu ni sangat dekat dengan jiwa saya.


Sumpah tak ada lagi
Kesempatan untuk ku
Bisa bersamamu
Kini ku tau
Bagaimana cara ku
Untuk dapat trus denganmu

Reff:
Bawalah pergi cintaku
Pada ke mana pun kau mau
Jadikan temanmu
Temanmu paling kau cinta
Di sini ku pun begitu
Trus cintaimu di hidupku
Di dalam hatiku
Sampai waktu yang pertemukan
Kita nanti.

Serius, mula2 nak delete entry ni. Tapi post jelah. ni kan open diary.
Ada pengalaman bercinta lain tak? Kongsi2 lah.. :)
Sebelum tu nak minta maaf dengan tatabahasa yang agak berterabur ye..dan saya tidak check ejaan kerana sangat mengantuk..
thank you. Saya harap "SESEORANG" itu akan baca entry ni. Saya masih menanti dan sedia untuk menerima. <3

1 comment: