Friday, February 10, 2012

Walking Alone


Dah beberapa hari balik dari kelas ikut jalan jauh. Aku sengaja memilih untuk berjalan kaki pulang ke rumah untuk 'menyeksa' diri sendiri. Dalam keadaan cuaca yang sangat terik dan juga kadang-kadang hujan, aku berjalan pulang dengan bersendirian. Hidup di sini semua kena bergantung pada diri sendiri. Bukan kerana tiada teksi dan juga bas, tapi kerana aku memang suka membuat sesuatu yang sukar untuk diri sendiri apabila berdepan dengan masalah. Walaupun pada hakikatnya aku tak suka berjalan jauh di tengah panas!

Semasa berjalan, aku memikirkan segala hal yang membuat aku 'jatuh' dalam hidup ni. Saat tu lah, aku berasa sangat 'kesepian' dan 'keseorangan'. Berjalan di tempat yang aku rasa sangat asing dengan diri. Berjalan seperti terpaksa untuk pulang ke tempat yang aku tak ingin tuju. Aku hanya inginn pulang ke tempat di mana aku berasa selamat dan kasih sayang, iaitu keluarga!

Langkah demi langkah aku lalui. Masalah demi masalah aku fikirkan. Kadang2 rasa diri ni 'lost'. Aku tak tahu apa yang aku mahukan. Perjalanan yang aku tempuh semakin mengelirukan. Inikah yang aku mahu dalam hidup ni? Aku semakin keliru. Minat dan semangat semakin hilang.
Masih tercari-cari apakah yang aku mahukan, impian,cita-cita. Aku keliru!

Saat ini, yang aku fikirkan hanyalah "KENAPA,KENAPA,KENAPA DAN KENAPA?"
Di saat aku ingin membuat sesuatu keputusan, di saat itulah ada sesuatu yang akan menarik aku semula.

Aku terlalu banyak berfikir. Hanya soalan demi soalan yang bermain di kepala. Jawapannya entah ke mana. Walau aku berusaha mencari jawapannya, usaha aku sia2.
Jiwa semakin hilang.

Selama ini aku bersabar, selama ini aku menunggu, menunggu dan menunggu.
Di salah anggap, ditipu, dikhianati, diambil kesempatan, dicurangi.
Apa yang aku buat? Diam. Diam. Bosan!
Rasa sesuatu di dalam diri mahu meledak dan meletup.
Aku mudah memaafkan. Tapi jika berulang-kali dah terjadi, aku tak mampu bersabar melainkan diam dan pergi.

Apa yang kau mahukan?
Tak pernahkah kau berfikir apa yang kau buat, apa yang tidak kau buat itu akan melukakan?
Kau hanya mementingkan diri sendiri kerana tidak mahu melepaskan yang kau genggam.
Jangan disebabkan dia hanya diam, kau semakin hilang.
Jika kau mahukan sesuatu, tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan kau.
Jika kau benar2 tulus dan ikhlas semuanya akan mudah.

Aku membaca berulang kali kata2 kau. Beribu kali. Cuba menyelami hati kau, memahami apa yang kau rasa. Tapi aku tidak jumpa apa yang aku cari. Sebab dia? Sebab semua kata2 kau palsu. Kau cakap itu ini. Tapi aku tak rasa langsung kau buat semua tu. Aku menangis membaca kembali semua apa yang kau lalui di blog tu. Perasaan marah,sedih, dendam dan cemburu semua bercampur.
Kau tak pernah puas dengan apa yang kau ada.
Aku kecewa.
Tak cukupkah apa yang aku lakukan selama ini untuk kau? atau semua tu tidak baik dan hanya sia2?
Peluang dah banyak tersedia untuk kau, tapi kau tak pernah hargai.

Perasaan sedih dalam hati terlalu mendalam sehingga mengganggu hidup.

I lost myself. I'm down.
I'm thinking to stop and hide from all this things.
Going away is the best thing i can do.
Aku ingin pergi jauh dari sini, melupakan semuanya, kembali ke masa lalu dan mulakan semula!

Kau teruskan dengan apa yang kau mahukan.
Mungkin hidup kita berbeza dan aku terlalu memaksa. Aku tak mampu memahami kau.
Biarkan aku pergi jika itu yang kau mahukan.

I love the way it hurts me.Aku dah lali.

No comments: